LENCANA SEK MEN KATHOLIK
MELAKA
.

Logo Sekolah Menengah Katholik Melaka dibentuk dengan empat warna iaitu merah,kuning, biru dan putih

                    Pada bahagian atas logo tertera nama sekolah delam Bahasa Mandarin dan
                    Bahasa Malaysia. Corak A Famosa dalam bahagian warna merah disebelah kiri melambangkan lokasi sekolah iaitu di Melaka.                     Corak melambangkan Melaka sebagai sebuah Kota lama yang
                    mempunyai  warisan sejarah yang cemerlang dan memberi makna bahawa
                    SMK  juga sebuah sekolah ulung yang bersejarah.
 
 
 
 

Corak pena dan buku dalam bahagian warna kuning di sebelah kanan melambangkan ‘ilmu pengetahuan". Ia bermaksud pelajar harus mempunyai sikap yang tidak lelah untuk menimba ilmu pengetahuan yang amat luas.
Huruf ‘M’ dalam bentuk rombus yang berwarna putih di bahagian bawah ialah lambang ‘Marist Brothers Congregation’ ‘M’ ialah singkatan ‘Marist’. Kumpulan mubaligh ini bertanggung jawab ke atas pentadbiran sekolah dan gereja sekolah. Di sekililing huruf ‘M’ terdapat dua belas biji emas yang berbentuk segi lima melambangkan semangat tenaga pengajar SMK yang ‘membakar diri untuk menerangi orang lain’.

Di bahagian paling atas logo sekolah terdapat suatu corak yang berbentuk seakan-akan mahkota yang melambangkan pelajar-pelajar menitikberatkan kelima-lima bentuk pendidikan, iaitu pendidikan akhlak, pendidikan kognitif, pendidikan psikomotor, pendidikan socialisasi dan pendidikan seni.

 

 

Back to Main Page