ANUGERAH MSSM
SEKOLAH MENENGAH KATHOLIK telah mencapai
satu lagi kerjayaan
dalam bidang sukan iaitu telah dianugerahkan
SIJIL PERHARGAAN
OLEH
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH
MELAKA
PENCAPAIAN
KELAB RENANG SEK MEN KATHOLIK
KEJAYAAN PENERIMAAN ANUGERAH
RENANG
(BRONZE MEDALLION AWARDS)
(QUALIFIED LIFE GUARDS)
The following members have been awarded the above
awards
LIM KAH HWEE
LAU WEE HONG
CHAN CHEE WENG
LOW KAI GIN
CHAN CHEE MUN
KECEMERLANGAN
KELAB TAE KWON-DO
1998
Pada
28 - 29 Mac yang lalu, kelab kami telah menghantar beberapa orang ahli
untuk menyertai kejohanan Terbuka Tradisional Tae Kwon-Do Akademi ke-10
yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor. Dalam kejohanan ini kelab kami
telah memenangi 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 pingat gangsa. Pencapaian
ini sekaligus meningkatkan imej kelab kami serta imej sekolah.
Benjamin Wong telah memenangi
3 pingat emas melalui 3 acara bawah 12 tahun, iaitu acara Individual
Free Sparring, acara Team Pattern, dan acara Team Free Sparring.
Yeo Siang Chuan memenangi pingat perak dalam acara Individual Pattern
( Black Belt
) dan Lee Han Lim pula memenangi pingat gangsa dalam acara ini.
Dua lagi pingat gangsa masing-masing dimenangi oleh Lee Gim Chye dalam
acara Individual Free Sparring ( Colour
Belt ), dan pasukan yang terdiri daripada Yeo Siang Chuan, Lee
Han Lim, Chan Leong Seng dan Ng Boon Hau dalam acara Team Free Sparring
( Black Belt
).
Pada 15 - 16 Ogos, Yeo
Siang Chuan dan Lee Han Lim telah mewakili negeri Melaka ke kejohanan Tae
Kwon-Do ( MITF ) Jemputan Johor yang
diadakan di Muar. Dengan bangganya, mereka telah mendapat tempat kedua
dalam acara Team Pattern ( Black Belt
).
PENCAPAIAN CEMERLANG
KELAB SENI LUKIS
Dalam bidang seni lukis, SMK telah
menunjukkan beberapa pencapaian yang cemerlang. Dalam pertandingan melukis
peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Nanyang Siang Pau dan Institut
MIA yang bertema " Cintailah Malaysia ", Ng Chun Kiat mendapat hadiah
cemerlang.
Pada 4 Julai 1998, Persatuan Seni Lukis SM Gajah Berang telah menganjurkan
satu pertandingan melukis peringkat negeri yang bertajuk " BEBAS ". Dalam
pertandingan ini, Peh Hong Leong telah berjaya mendapat johan dan Lim Boon
Hui mendapat saguhati dalam kumpulan menengah atas. Manakala, Chan Yann
Sheng pula mendapat tempat ketiga dalam kumpulan menengah rendah. Selain
itu, kelab kami juga berjaya mendapat johan keseluruhan.
` Dalam
pertandingan mereka cipta papan buletin yang dianjur oleh Lembaga Perpustkaan
dan Kelab Pusat Sumber sekolah kita, kelab kami telah mendapat hadiah saguhati.
Satu program telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidkan Melaka dengan kerjasama
Majlis Perbandaran Melaka yang bertema " Anjung Seniman Muda ". Pameran
program ini diadakan di perkarangan Victoria Fauntain di Jalan Laksamana
pada 22 Ogos 1998. Sekumpulan ahli kelab kami yang terdiri daripada Tang
Hou Wee, Gan Wei Biau, Gan Chun Haw, Lee Shi Kiat, Peh Hong Leong dan
Ho Soo Ping telah Mengambil bahagian dalam
pameran tersebut. Sijil telah kepada para peserta dan guru pengiring.
PENCAPAIAN CEMERLANG
KELAB MUZIK SMK
Kelab Muzik SMK telah ditubuhkan pada
14 Februaru 1996. kelab ini ditubuhkan dengan tujuan menyemai minat para
pelajar dalam bidang muzik dan menambahkan pengetahuan terhadap terhadap
muzik serta daya pencipta lagu mereka.
Dalam tahun ini, kelab kami telah menghantar kumpulan Funlink untuk menyertai
pertandingan mencipta lagu dan nyanyian peringkat negeri yang dianjurkan
oleh SM Notre Dame. Kumpulan Finlik yang terdiri daripada Tan Boon Song,
Yeow Tee Yong, Loh Teck Shin, Lim Choon Siong dan Low Kai Gin telah memnangi
hadiah " Ciptaan Lagu Terbaik ". Manakala Yeow Tee Yong telah mendapat
tempat ketiga dama bahagian nyanyian.
Di samping itu, dalam pertandingan nyanyian peringkat sekolah yang dianjurkan
oleh kelab kami pula, Ong Teck Soon telah telah mendapat johan dan Micheal
Ng Hann Biau telah mendapat tempat ketiga.
Akhirnya, kami ingin merakamkan ribuan kasih kepada En. Low Mom Pee, guru
penasihat kami atas tunjuk ajar beliau.
PENCAPAI CEMERLANG
PASUKAN PENGAKAP SMK
Pada 21 Mac 1998, pasuka kami telah bergabung dengan pasukan SM Notre Dame
untuk mengadakan Malam Kebudayaan " Campfire ". Persuruhjaya Pengakap Daerah
Tengkera,
En. Lee Yong Suang telah merasmikan majlis
tersebut. Lebih kurang 900 orang ahli pengakap dari sekolah-sekolah lain
di Melaka serta luar negeri turut serta.
Pada 13 - 16 Mei 1998, seramai 20 ahli kami telah dihantar ke SM Chong
Hwa, KL untuk menyertai pertandingan antara ngeri sempena ulang tahun ke-30
serta unggun api besar-besaran. Antara acara yang dipertandingkan adalah
kawat, tarian moden, bola keranjang tiga sebelah, mini gajed, penggunaan
semula bahan buangan, masakan moden dan sebagainya. Dalam pertandingan
tersebut, kumpulan tarian moden yang diketuai Yap Chin Chien mendapat johan.
Manakala kumpulan kawad dan kumpulan masakan moden yang diketuai Choo Chee
Ching dan Lim Kee Cheng masing-masing telah mendapat naib johan dan tempat
ketiga.
Pada 10 dan 11 Julai lalu, satu peraduan antara patrol telah diadakan untuk
menguji bakat ahli kumpulan tentang kemahiran yang adalah adalah kawat
kaki, pertolongan cemas, ikatan,masakan asli, projek perintis dan mini
gajed. Keputusannya, patrol Falcon muda dan patrol Falcon Remaja yang diketuai
Lim Ban Bin dan Soh Chee Hui telah dipilih sebagai ahli terbaik kumpulan
remaja, Adran Tan pula dipilih sebagai ahli terbaik kumpulan muda. Di samping
itu, Tan Kian Guan dan Lim Tao Cheng masing-masing terpilih sebagai ketua
patrol terbaik muda dan remaja.
BACK TO MAIN PAGE